AKHBAR hari ini memberi fokus kepada keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Trengganu yang menolak rayuan seorang pemuda Islam untuk menukar jantina kepada wanita.
Pemuda berkenaan yang sudah membuat pembedahan tukar jantina di Thailand beberapa tahun lalu memohon mahkamah memberi kebenaran untuk pertukaran nama wanita di Mykad dan surat pendaftaran kelahiran.
Syukur kerana keputusan yang dibuat tidak menyebelahi kepada Mohd Asraf Hafiz Abdul Aziz, 26, dari Kampung Telaga Daeng, Seberang Takir sebelum itu memohon untuk menukar jantina dengan nama Aleesha Farhana Abdul Aziz.
Keputusan penting menamatkan kebimbingan orang ramai yang agak terkejut dengan keputusan pemuda itu untuk menukar jantina dengan alasan tidak memiliki sifat lelaki sejak kecil selain memudahkannya untuk memasuki pusat pengajian tinggi sebagai seorang wanita.
Pemuda itu patut bersyukur dengan anugerah yang Allah berikan kepadanya dan tidak sepatutnya mengubah apa-apa yang cipta termasuk menukar jantina.
Semua pihak harus berusaha untuk memberi sokongan kepada pemuda berkenaan agar dia menerima dirinya dan kembali ke jalan yang benar.
Semoga kes terjadi itu akan memberi iktibar kepada semua pihak termasuk ibu bapa dalam usaha membentuk peribadi anak-anak dengan ilmu agama dan nilai jati diri peribadi muslim.
Total Pageviews
Tuesday, 19 July 2011
Monday, 18 July 2011
KISAH PEDAL AYAM & MANGGA KUNCI
Semasa makan tengahari tadi, aku ternampak masakan pedal ayam yang dihidangkan. terus aku teringat kisah yang berlaku kepada diriku sendiri semasa zaman remaja apabila abahku menyuruhku membeli pedal ayam (orang Kedah turut panggil pedai ayam untuk mangga kunci).
"Wan, hang pi beli pedai ayam,". Ketika tu aku baru bangun tidur dan secara kebetulan nak ke pekan Alor Setar untuk membeli barang. Aku ingat abah suruh beli pedai ayam (mangga kunci). Jadi dengan confidentnya aku terus membeli mangga kunci di kedai hardware.
Bila balik, aku terus bagi dekat abahku mangga kunci yang aku beli. Tiba-tiba abahku terus serius dan memandang tepat pada mataku. "Yang hang beli pedai ayam ni buat apa, abah suruh beli pedai ayam untuk makan, yang ni nak makan macam mana,". Suasana yang serius tadi bertukar ceria apabila emak dan adik beradikku mula datang ke ruang tamu rumah untuk mengetahui cerita sebenar.
Sehingga hari ini, jika kami sekeluarga berkumpul di rumah abahku dan kalau secara kebetulan ada masakan pedal ayam, maka ceritaku pasti menjadi bahan ketawa mereka.
Setiap kali hendak makan pedal ayam atau mangga kunci aku juga pasti senyum sendiri apabila mengenang kisah pedal ayam dan mangga ini.
"Wan, hang pi beli pedai ayam,". Ketika tu aku baru bangun tidur dan secara kebetulan nak ke pekan Alor Setar untuk membeli barang. Aku ingat abah suruh beli pedai ayam (mangga kunci). Jadi dengan confidentnya aku terus membeli mangga kunci di kedai hardware.
Sehingga hari ini, jika kami sekeluarga berkumpul di rumah abahku dan kalau secara kebetulan ada masakan pedal ayam, maka ceritaku pasti menjadi bahan ketawa mereka.
Setiap kali hendak makan pedal ayam atau mangga kunci aku juga pasti senyum sendiri apabila mengenang kisah pedal ayam dan mangga ini.
Sunday, 17 July 2011
PLASTIK HITAM @RAMADAN
Assalamualakum...
Aku bersama penduduk setempat meraikan malam Nisfu Syaaban dengan membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali yang menjadi amalan sejak zaman berzaman sehingga sekarang walaupun ia tiada sandaran dari Al Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Tidak salah kita membaca Surah Yasin pada malam berkenaan tetapi yang menjadi kesalahan ialah apabila kita menganggap bacaan Yasin itu WAJIb dan MESTI di baca setiap kali menyambut Nisfu Syaaban.
Antara petikan hadis :

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].
Ustaz Rahman yang membuat takzirah turut menyentuh mengenai kehadiran dan fazilat Ramadhan Al Mubarak. Sudah pastinya bulan yang ditunggu oleh umat Islam seluruh dunia untuk beribadat di sepanjang bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari Allah swt.
Namun kehadiran Ramadan kurang diberi perhatian oleh sebilangan kecil umat Islam yang pada waktu siang nya akan membawa PLASTIK HITAM simbolik kepada mereka yang tidak berpuasa.
Apabila tiba bulan Ramadan, akan muncullah gerai-gerai makan yang akan membekalkan PALSTIK HITAM kepada umat Islam dewasa yang enggan melaksanakan hukum Allah.
Walaupun terdapat larangan dari pihak berkuasa yang tidak membenarkan sebarang jualan makanan sebelum jam 3.00 petang, namun atas alasan ingin mencari rezeki, pemilik gerai akan bersekongkol dengan umat Islam untuk membekalkan makanan yang dibungkus dengan PLASTIK HITAM.
Aku harap tahun ini, tiada lagi gerai yang menjual makanan secara terbuka kepada orang ramai yang tidak berpuasa. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit agar kesucian bulan Ramadan tidak dinodai dengan perbuatan yang tidak bertanggung jawab itu.
Moga tiada lagi PLASTIK HITAM pada Ramadan tahun ini. InsyaAllah....
AKU MENULIS
Selepas hanya menjadi pemerhati kepada blogger lain yang banyak menggunakan medium ini untuk menulis, kini aku memberanikan diri untuk menggunakan medium terbaru ini untuk berbicara mengenai apa sahaja isu yang terlintas di fikiran.
Sekadar berkongsi untuk menajamkan pemikiran dan coretan untuk meluahkan perasaan.
Sekadar berkongsi untuk menajamkan pemikiran dan coretan untuk meluahkan perasaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)