Salam Akhir Ramadhan...
Hanya tinggal tiga hari saja lagi Ramadan akan meninggalkan kita dan kita akan bertemu dengan bulan Syawal. Ketibaan Syawal pasti amat dinantikan bagi meraikan Aidilfitri, satu bulan kemenangan selepas sebulan berpuasa di Ramadan.
Adakah kita berkesempatan untuk bertemu Ramadan 1433H nanti. Moga Allah panjang umur kita untuk membolehkan kita bertemu sekali lagi bulan yang penuh barakah ini. Mudah-mudahan Allah menerima segala amalan yang dilakukan pada Ramadan tahun ini.
Dan semoga kem ibadah yang kita perolehi pada bulan Ramadan ini dapat diteruskan pada bulan Syawal dan seterusnya bagi memimpin kita menjadi mukmin yang terbaik..InsyaAllah.
takbir raya
Total Pageviews
Saturday, 27 August 2011
Wednesday, 24 August 2011
KEPALA MANUSIA DI JUAL DI THAILAND
Salam...
Mungkin anda semua terkejut dengan tajuk di atas iaitu kepala manusia di jual di Thailand. Ia benar berlaku di negara jiran kita cuma kepala itu sebenar adalah roti yang dihasilkan oleh seorang seniman untuk dijual kepada sesiapa yang berminat.
Agaknya, kalau di negara kita, adakah sesiapa yang berani untuk membeli roti berkenaan. kalau dimakan bersama kari ikan, bagaimana agaknya rasanya @ sebelum makan lagi yang ada dalam perut kita terus keluar. saya yang menulis ni pun dah mula rasa tak selesa.
Apapun, inilah yang dikatakan seni dan pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian orang ramai.

Tuesday, 23 August 2011
OTAK KITA SENTIASA SUJUD
Adakah kita sedari bahawa otak kita seperti orang yang sedang sujud?

“Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang yang yakin.Dan juga pada dirimu sendiri, maka apakah kamu tidak memperhatikan?” (Adz Dzariyat: 20-21)
Maha Suci Allah!
Mari kita perhatikan satu hikmah lagi, iaitu hikmah sujud yang mempunyai hubungkait dengan kejadian otak.
Prefrontal Cortex (seperti dalam gambar di atas) adalah “decision maker” bagi manusia untuk merancang, berfikir dengan waras, rasional, kreativiti, merancang masa depan, berfikiran kritis dan banyak lagi sifat yang membezakan antara manusia dan haiwan.
Apabila kita sujud, yakni di dalam solat, jantung akan menjadi lebih tinggi daripada otak, maka darah akan turun ke bahagian ini. Ini akan menyebabkan keseluruhan bahagian prefrontal cortex ini akan diperbaiki dan menjadi lebih baik. Hasilnya, mukmin boleh membuat keputusan yang lebih bijak, boleh berfikir mana yang baik dan buruk, dan boleh mencegah daripada melakukan kemungkaran. Terbuktilah ayat al Quran yang menerangkan bahawa solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar (al Ankabut: 45).
Kenapa solat dan sujud dapat menenangkan hati ketika sedang stress?
Ketika stress, hormon adrenalin akan dirembeskan. Maka kadar pengaliran darah ke prefrontal cortex akan berkurangan kerana apabila berada dalam keadaan sebegini, dari segi fisiologinya, manusia akan bertindak pantas tanpa berfikir (flight or fight).
Jadi, bagi merawat stress ini, kita mestilah selalu sujud kepada Allah. Dengan sujud, kita dapat membuka lebih ruang kapilari darah untuk ke prefrontal area ini.
“…dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Tuhan).” (al Alaq: 19)
“Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya, (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka.” (Al Qur’an, 96:15-16)
Ungkapan “ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka” dalam ayat di atas sungguh menarik. Penelitian yang dilakukan di tahun-tahun kebelakangan ini mengungkapkan bahawa bahagian prefrontal, yang bertugas mengatur fungsi-fungsi khusus otak terletak pada bahagian depan tulang tengkorak. Para ilmuwan hanya mampu menemui fungsi bahagian ini setelah kurun 60 tahun terakhir, sedangkan Al Qur’an telah menyebutkannya 1400 tahun lalu.
Jika kita lihat bahagian dalam tulang tengkorak, di bahagian hadapan kepala terdapat kawasan frontal cerebrum (otak besar). Buku berjudul Essentials of Anatomy and Physiology, yang menyatakan penemuan-penemuan terakhir hasil penelitian tentang fungsi bahagian ini, menyatakan:
Dorongan dan hasrat untuk merencanakan dan memulai gerakan terjadi di bahagian depan lobi frontal, dan bahagian prefrontal. Ini adalah kawasan korteks asosiasi…
(Seeley, Rod R.; Trent D. Stephens; and Philip Tate, 1996, Essentials of Anatomy & Physiology, 2. edition, St. Louis, Mosby-Year Book Inc., s. 211; Noback, Charles R.; N. L. Strominger; and R. J. Demarest, 1991, The Human Nervous System, Introduction and Review, 4. edition, Philadelphia, Lea & Febiger , s. 410-411) 

Buku tersebut juga mengatakan:
Berkaitan dengan keterlibatannya dalam membangkitkan dorongan, kawasan prefrontal juga diyakini sebagai pusat fungsi bagi perilaku menyerang…
(Seeley, Rod R.; Trent D. Stephens; and Philip Tate, 1996, Essentials of Anatomy & Physiology, 2. edition, St. Louis, Mosby-Year Book Inc., s. 211)
Jadi, kawasan cerebrum ini juga bertugas merencana, memberi dorongan, dan memulai perilaku baik dan buruk, dan bertanggungjawab atas perkataan benar dan dusta.
Rujukan :
http://azansubuhkhamis.blogspot.com/2010/10/otak-seperti-orang-yang-sedang-sujud.htm
PENERBANGAN TERAKHIR
SALAM RAMADAN...

Destinasi : Akhirat ( Tarnsit dalam Kubur ).
Masa Penerbangan : Tidak ada siapa yang dapat menentukan.
Masa Berangkat : Apabila Sakartul Maut menjemput.
2- Doa dari anak yang soleh.
3- Ilmu yang memberi manfaat.
4- Amal kebajikan yang dikerjakan oleh orang lain yang diajarinya.
2- Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT.
3- Berbakti kepada ibu bapa dan berhubung Silatul Rahim.
4- Berlumba-lumba mengerjakan ibadat-ibadat puasa, bebajikan dan amalan sunat.
5- Makan dan minum dari sumber yang halal.
6- Tidak panjang angan-angan.

Maklumat Peribadi
Nama: Manusia. Bangsa: Tanah. Alamat : Bumi.Maklumat Penerbangan
Terminal Berangkat : BumiDestinasi : Akhirat ( Tarnsit dalam Kubur ).
Masa Penerbangan : Tidak ada siapa yang dapat menentukan.
Masa Berangkat : Apabila Sakartul Maut menjemput.
Keperluan Yang Dibenarkan Bawa Bersama
2 meter kain putih dan amal soleh serta amal kejahatan.Keperluan Yang Boleh Digunakan Setelah Sampai Destinasi
1-Sedekah Jariah.2- Doa dari anak yang soleh.
3- Ilmu yang memberi manfaat.
4- Amal kebajikan yang dikerjakan oleh orang lain yang diajarinya.
Penerbangan Ini Amat Menakutkan Buat Mereka Yang Tidak Mematuhi Arahan Dibawah
1- Mematuhi perintah Allah SWT dan menjauhi larangan Allah SWT yang bersumberkan Al-Quran dan Al-Hadis.2- Memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT.
3- Berbakti kepada ibu bapa dan berhubung Silatul Rahim.
4- Berlumba-lumba mengerjakan ibadat-ibadat puasa, bebajikan dan amalan sunat.
5- Makan dan minum dari sumber yang halal.
6- Tidak panjang angan-angan.
Kepada mereka yang sudi dan tidak sudi meneruskan penerbangan ini, semuanya mesti membuat persediaan.
Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan Al-Quran Al-Karim dan Sunnah Rasulullah SAW serta Ilmu Allah SWT.
Talian untuk tempahan anda adalah percuma di seluruh dunia.
sumber :http://peribadirasulullah.wordpress.com
Thursday, 18 August 2011
KENANGAN @UMRAH APRIL 2011
Bersama Haji Sopian di perkarangan Masjid Nabawi |
Aku bersama Haji Sopian di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah. Haji Sofian dari Tanah Merah Kelantan adalah roomate aku dari Madinah sehingga ke Mekah. Ke mana sahaja aku akan bersamanya. Mungkin Allah ketemukan aku untuk menjaga Haji Sofian yang berusia 80-an. Dia seorang guru agama dan mampu khatam Al-Quran selama 3 hari sahaja. Dia datang bersama isterinya selepas seorang hamba Allah menaja umrahnya.
di dalam Masjid Nabawi |
NABI SAW PERNAH BERSABDA YANG BERMAKSUD,
“DI ANTARA RUMAHKU DAN MIMBARKU ADA TAMAN RAUDHAH DAN TAMAN-TAMAN DARIPADA SYURGA.”
Aku berkesempatan untuk sembahyang solat sunat dua rakaat di kawasan Taman Raudah tetapi keadaan agak sesak kerana jemaah berebut-rebut untuk sembahyang di kawasan Raudah.
Hanya karpet yang berwarna hijau sahajalah dikatakan Raudhah, manakala selain daripada itu merupakan kawasan iktikaf Masjid Nabawi.
![]() |
hadis Nabi tentang Raudah |
![]() |
Makam Rasullullah SAW |
![]() |
Mimbar Rasullullah SAW |
Kelebihan orang yang dapat berdoa dan solat sunat 2 rakaat di dalam Taman Raudhah di Masjid Nabawi amatlah besar, dan sesetengah ulama’ mengatakan ianya antara tempat dimakbulkan doa seseorang.
Cukup sedih untuk meninggalkan kota Madinah ketika melakukan ziarah selamat tinggal di makam Kekasih Allah. Terasa rindu yang teramat sangat ketika melangkah keluar Masjid Nabawi untuk ke Tanah Suci Mekah.
(bersambung....)
INGATKAN DICULIK, RUPANYA MENCULIK DIRI SENDIRI
Salam ramadan...
hari ini dah masuk hari ke 18 umat Islam berpuasa dan semalam kita menyambut Nuzul Quran.
Sebagai seorang ayah, aku memang terkejut membaca akhbar Kosmo hari ini apabila seorang anak perempuan yang menghilangkan diri sejak seminggu lalu sanggup menipu dan bersekongkol dengan teman lelakinya mendakwa dirinya diculik dan meminta wang tepusan sebanyak RM50,000 daripada keluarga.
Penantian selama seminggu pasangan Azizan Hassan dan Shahrizad yang begitu gelisah dengan kehilangan anaknya perempuan itu akhirnya terjawab apabila anaknya, Ameerah Asha ditemui bersama kekasihnya oleh polis di Puchong, semalam.
Sama ada dia dipaksa oleh teman lelakinya, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku di saat kedua ibu bapa begitu gelisah menanti kepulangannya anak perempuan itu.
Kepada anak-anak, jangan mengambil jalan mudah dalam membuat sebarang keputusan atau mudah terpengaruh dengan pujukan teman serta kawan-kawan untuk membuat sebarang tindakan.
Moga pasangan Azizan dan Shahrizad bersabar dengan ujian dari Allah dan kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Wednesday, 17 August 2011
MARLON SEDIA BERKHIDMAT UNTUK KENARI
Ruangan sukan Harian Metro hari ini melaporkan awang import, Marlon Alex James bakal kembali ke Kedah untuk menjalani ujian pemilihan pada pertengahan Oktober ini bersama beberapa pemain lain untuk kuota dua pemain import bagi musim 2012.
Aku sendiri merasa teruja apabila membaca berita ini. Aku percaya peminat Hijau Kuning yang lain juga akan menjadikan topik ini sebagai bahan utama untuk bercerita.
Tahniah kepada pengurus pasukan Kedah, Datuk Khazali Din dan Ketua jurulatih, Wan Jamak yang mengambil tindakan cepat untuk memanggil Marlon untuk menjalani ujian pemilihan bagi mengisi satu slot bahagian penyerang yang pada musim ini agak pincang dengan kecederaan beberapa pemain utama.
Langkah ini juga pasti mengejutkan pasukan lain yang turut berusaha untuk mendapatkan dua pemain terbaik selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan pemain import beraksi dalam Liga Super musim 2012 nanti.
Aku harap semua pengurusan pasukan bola sepak negeri dapat memilih pemain import yang benar-benar berkualti bagi memperkuatkan barisan masing-masing.Dan bagi yang kantung kewangan tidak kukuh, usahlah mencari pemain yang biasa sahaja atau lebih baik tidak menggunakan pemain import.

Sunday, 14 August 2011
Pesta @ramadan di sana sini
Hari ini dah masuk hari ke 14 kita berpuasa. Masa begitu pantas berlalu. Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, aku nampak pelbagai promosi yang dilakukan oleh pelbagai pihak yang ingin bersama meraikan Aidilfitri.
Kedai Perabot, Kedai Kasut, Pasaraya dan Kedai Aksesori Kereta, semuanya tidak terlepas mengadakan promosi untuk menarik minta pengguna untuk mendapatkan barangan yang dijual.
Tiang-tiang lampu sepanjang jalan dipenuhi dengan banting yang mempromosikan pelbagai barangan. Yang Paling menarik ialah promosi tukar tilam lama dengan tilam baru. Mungkin ada orang yang beli tilam baru untuk menyambut aidilfitri nanti.
Apa yang diharapkan ialah semua umat Islam yang bakal merayakan Aidilfitri nanti dapat berbelanja secara berhemah dan jangan mengikut nafsu membeli sempena pesta @ramadan yang sedang berlangsung sekarang ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)